Panorama KBS Tahap 2 (Siri 3 2010)

Panorama KBS Thp 1 (Siri 3 2010)

Friday, July 30, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKSB 2010

Sungguh kreatif...hehe
JUMAAT - 23 Julai 2010: Sekali lagi SKSB mencatat sejarahnya apabila dengan jayanya melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-53 Tahun 2010. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini telah dirasmikan oleh Pn. Ramlah bt. Majid, Guru Besar SK Seri Bemban.

Majlis pelancaran yang dimulakan dengan Bacaan Yaasin pada jam 7.15 pagi diikuti dengan ucapan ringkas GPK Hem selaku Pengerusi Program. Aturcara kemudianya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Pn. Guru Besar yang banyak memberikan nasihat berguna buat warga SKSB bagi menyahut cabaran kemerdekaan yang semakin signifikan ke arah melahirkan warga SKSB yang sentiasa konsisten untuk mencapai misi dan visi sekolah. 


Selesai upacara perasmian, acara diteruskan dengan penerangan ringkas oleh ketua-ketua panitia yang terlibat melaksanakan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan seperti kuiz kemerdekaan, mencari maklumat tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya.

Sebelum majlis tamat pada jam 9.40 pagi, semua warga SKSB bersama-sama bangun menyanyikan enam buah lagu patriotik dengan begitu bersemangat sekali. Kami warga Panitia Pendidikan Islam SKSB mendoakan agar sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini menginsafkan kita betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai warga negara demi melahirkan masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi malah sempurna akhlak dan sahsiah insyaAllah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails

Khazanah Muat Turun