Panorama KBS Tahap 2 (Siri 3 2010)

Panorama KBS Thp 1 (Siri 3 2010)

Saturday, September 25, 2010

SAMBUTAN AIDILFITRI SK SERI BEMBAM 1431H

JUMAAT, 24 September 2010 : SK Seri Bemban, Bemban, Melaka telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat Sekolah bagi meraikan semua warga sekolah. Sambutan Aidilfitri pada kali ini dirasai sungguh meriah lebih-lebih lagi murid-murid tahun 6 yang baru sahaja selesai menduduki peperiksaan UPSR sehari sebelumnya. 

Sebahagian murid sedang menikmati pelbagai kuih muih
Antara aktiviti yang diadakan ialah jamuan khas Aidilfitri untuk semua murid yang disumbangkan oleh Persatuan Ibu-bapa dan Guru SKSB. Selain itu, sumbangan kuih-muih daripada murid-murid dan ibu bapa juga dikumpulkan dan dihidangkan untuk dinikmati bersama oleh semua warga SKSB. 

Jamuan adilfitri untuk warga guru pula diadakan di Makmal Sains yang disumbangkan oleh Kelab Guru dan guru-guru baru SKSB. Majlis diakhiri dengan acara bersalam-salaman semua guru dan murid agar hubungan silaturrahim semua warga menjadi lebih erat dan bagaikan satu keluarga.
Sebahagian murid lelaki mendengar ucapan Puan Guru Besar
Murid beratur mendapatkan jamuan

Monday, August 23, 2010

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA SEK. RENDAH NEGERI MELAKA 2010

SABTU-21 Ogos 2010: Majlis Khatam Al-Quran Perdana Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka 2010 M / 1431 H telah memecahkan rekod Malaysian Books Of Record apabila telah berjaya mengumpulkan seramai 15,033 orang peserta Khatam Al-Quran yang terdiri daripada murid-murid sekolah rendah seluruh negeri Melaka. Rekod sebelum ini dipegang oleh Negeri Terengganu yang berjaya mengumpulkan seramai lebih-kurang 12,000 peserta. Majlis ini yang diadakan di Dewan MITC, Melaka begitu berseri dengan kehadiran peserta-peserta yang memenuhi segenap ruang dewan.

Pentas utama Majlis Khatam Al-Quran 1431 M.
Kejayaan ini dapat dikongsi bersama warga SK Seri Bemban apabila telah berjaya menghantar seramai 93 orang peserta yang terdiri daripada murid-murid tahun empat dan lima dengan menaiki dua buah bas yang telah disediakan oleh pihak penganjur. 

Menurut maklumat yang diperolehi daripada Pn. Azizah bt.Taib, Ketua Panitia Pendidikan Islam SKSB, penyertaan pada tahun ini merupakan penyertaan terbanyak SKSB ke majlis itu yang telah beberapa kali diadakan pada sebelum ini. Ia merupakan kejayaan bersama apabila lapan orang guru dengan ikhlas hati telah mengiringi peserta ke majlis tersebut.

Panitia Pendidikan Islam SKSB mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan untuk menjayakan majlis ini terutama pihak Pentadbir SKSB, guru-guru pengiring, para ibu-bapa dan penjaga serta murid-murid yang menjadi peserta. Semoga majlis ini memberikan seribu manfaat serta kebaikan kepada kita semua insyaAllah.
Peserta lelaki di pentas utama daripada SK Ayer Keroh.

Peserta perempuan di pentas utama daripada SK Ayer Keroh.
Sebahagian peserta perempuan SK Seri Bemban.
Sebahagian peserta lelaki SK Seri Bemban.
Panorama ketika acara khatam berlangsung.
Peserta lelaki SKSB.....kenangan selepas majlis.
Peserta perempuan SKSB dan guru-guru pengiring.
Related Posts with Thumbnails

Khazanah Muat Turun