Panorama KBS Tahap 2 (Siri 3 2010)

Panorama KBS Thp 1 (Siri 3 2010)

Friday, July 30, 2010

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN SKSB 2010

Sungguh kreatif...hehe
JUMAAT - 23 Julai 2010: Sekali lagi SKSB mencatat sejarahnya apabila dengan jayanya melaksanakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-53 Tahun 2010. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini telah dirasmikan oleh Pn. Ramlah bt. Majid, Guru Besar SK Seri Bemban.

Majlis pelancaran yang dimulakan dengan Bacaan Yaasin pada jam 7.15 pagi diikuti dengan ucapan ringkas GPK Hem selaku Pengerusi Program. Aturcara kemudianya diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Yang Berusaha Pn. Guru Besar yang banyak memberikan nasihat berguna buat warga SKSB bagi menyahut cabaran kemerdekaan yang semakin signifikan ke arah melahirkan warga SKSB yang sentiasa konsisten untuk mencapai misi dan visi sekolah. 


Selesai upacara perasmian, acara diteruskan dengan penerangan ringkas oleh ketua-ketua panitia yang terlibat melaksanakan aktiviti sepanjang bulan kemerdekaan. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan seperti kuiz kemerdekaan, mencari maklumat tokoh-tokoh kemerdekaan dan sebagainya.

Sebelum majlis tamat pada jam 9.40 pagi, semua warga SKSB bersama-sama bangun menyanyikan enam buah lagu patriotik dengan begitu bersemangat sekali. Kami warga Panitia Pendidikan Islam SKSB mendoakan agar sambutan bulan kemerdekaan pada tahun ini menginsafkan kita betapa besarnya tanggungjawab kita sebagai warga negara demi melahirkan masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi malah sempurna akhlak dan sahsiah insyaAllah.

Monday, July 19, 2010

KEM BESTARI SOLAT TAHAP 2 (SIRI 3 2010)

ISNIN - 19 Julai 2010: Kem Bestari Solat Tahap 2 (Siri 3 2010) telah dilaksanakan dengan jayanya.

KBS siri 3 ini yang disertai oleh lebih 200 murid tahap 2 SK Seri Bemban lebih memfokuskan kepada azan dan iqamah, solat berjemaah serta solat jenazah.

[Para peserta berkumpul di dataran perhimpunan untuk menunaikan solat Fardu Zuhur secara berjemaah.]


[Peserta sedang mengambil wuduk untuk menunaikan solat Fardu Zuhur secara berjemaah.]







[Peserta ini begitu bersemangat melaungkan Azan dan Iqamah sebelum menunaikan solat fardu Zuhur.]







[Solat Fardu Zuhur secara berjemaah yang diimamk
an oleh adik Mohd Zikri daripada tahun 6 Wawasan. Keperibadiannya sebagai seorang pengawas sekolah terserlah apabila menawarkan diri untuk mengimamkan solat berjemaah.]





[Peserta ini sedang melakukan amali azan dan iqamah dihadapan peserta-peserta lain.]













[Peserta-peserta sedang melakukan amali solat Jenazah di dataran perhimpunan.]


Jawatankuasa Pelaksana KBS kali ini mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program terutama guru-guru, ibu-bapa, pekerja sekolah serta pihak yang terlibat secara tidak langsung. Semoga Allah memberikan ganjaran di atas jasa baik yang telah diberikan. Sekian, terima kasih.


Sunday, July 18, 2010

HARI KOKURIKULUM SKSB 2010

SABTU-03 Julai 2010: Unit Kokurikulum SK Seri bemban buat julung-julung kalinya telah menganjurkan Hari Kokurikulum SKSB bertempat di dataran SKSB. Hari yang telah mencatat sejarah sekolah ini telah memberikan seribu satu pengalaman manis buat seluruh warga SKSB.

[Gerai Persatuan Agama Islam, Bahasa Arab dan Jawi SKSB yang telah dinobatkan sebgai Gerai Paling Bersih dan Ceria]

Antara aktiviti yang disediakan ialah jualan oleh gerai-gerai kelab dan persatuan, pameran Antidadah, Persembahan Silat dan Taekwando, Pertandingan Gerai Paling Bersih dan Ceria dan banyak lagi aktiviti yang menarik.

Persatuan Agama Islam, Bahasa Arab dan Jawi sama-sama berganding bahu membuat persediaan untuk gerai jualan tanpa mengira penat dan lelah. Antara menu jualan gerai ialah sandwich, burger, popia goreng, dan buah-buahan potong.

Apa yang membanggakan seluruh warga persatuan, gerai kami telah dinobatkan sebagai gerai paling bersih dan ceria. Kejayaan ini hasil usaha titik peluh seluruh warga persatuan yang tidak mengenal erti penat dan lelah. Gerai jualan kami melabuhkan tirai pada jam 3.30 petang apabila semua juadah habis dijual.


[Guru Besar, Pn. Ramlah bt. Majid mengiringi para VIP mengunjungi gerai-gerai jualan Hari Kokurikulum SK Seri Bemban 2010]


Kami warga persatuan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak telah memberi sokongan kepada gerai kami sepanjang Hari Kokurikulum SKSB berlangsung.



KEM BESTARI SOLAT TAHAP 1 (SIRI 3 2010)

Jumaat-16 Julai 2010: Kem Bestari Solat (KBS) tahap 1 Siri ke 3 Tahun 2010 telah diadakan dengan jayanya. KBS siri 3 ini telah disertai oleh lebih 250 murid tahap 1 SK Seri Bemban serta murid-murid Pendidikan Khas.

Keseluruhan perjalanan kem pada kali ini adalah lancar dan sangat memuaskan. Jawatankuasa pelaksana KBS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem pada kali ini terutamanya guru-guru, ibu bapa, pekerja sekolah dan semua pihak yang terlibat secara tidak langsung.

[Peserta-peserta lelaki dan perempuan KBS 3 khusyuk mendengar taklimat oleh Penyelaras Kem Pn. Rosmawati Mustaffa di Grand Stand perhimpunan.]




Semangat peserta yang berkobar-kobar untuk mengikuti program diserikan lagi dengan pakaian baju melayu dan baju kurung yang berwarna-warna menjadikan suasana sungguh meriah.


[Peserta begitu bersemangat mengikuti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang diadakan di dalam kelas mengikut kumpulan yang telah ditentukan.]





[Setiap kumpulan dibimbing oleh seorang Fasilitator yang telah dilantik yang bertanggungjawab membimbing peserta ke arah menguasai kemahiran-kemahiran solat yang diperlukan.]

SALAM UKHUWWAH BUAT WARGA SKSB 2010

Salam mesra salam alu-aluan...
Selamat datang kami ucapkan...

Salam ukhuwwah buat semua warga SKSB 2010...

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya maka blog interaktif Panitia Agama Islam SK Seri Bemban ini berjaya dibina walaupun masih dalam pembinaan.

Saya selaku Ketua Panitia Agama Islam SKSB berharap agar blog ini dapat memaparkan seribu satu informasi terkini buat semua warga SKSB terutama murid-murid serta guru-guru Pendidikan Islam SKSB.

Justeru itu, sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar memberikan kesempatan dan kekuatan dalam memastikan blog ini sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa insyaAllah.

Akhir kalam, selamat melayari laman siber interaktif Panitia Agama Islam SKSB buat semua tetamu di sini....salam muhibbah dari kami...wassalam.
Related Posts with Thumbnails

Khazanah Muat Turun